*Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis , 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat , golongan peniaga dan semua kaum . Selain daripada itu 9 orang Yang DiPertuan Majlis Mesyuarat Negeri , ( menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.
MENJELASKAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
LATAR BELAKANG SEMANGAT NASIONALISME DI ASIA
Di tanah Melayu , gerakan menuntut pemerintahan sendiri bermula seawal tahun 1900an dengan digerakkan oleh golongan ulama seperti Syed Syeikh al-Hadi , Sheikh Tahir Jalaludin. Pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama gunung Semanggol dan sebagainya.
Namun gerakan menuntut kemerdekaan lebih nyata selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2 dengan penyerahan balik Tanah Melayu kepada tentera british oleh tentera Jepun. Pengajaran dan kesedaran berada dibawah pemerintahan Tentera Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu khasnya dan Kuam Cina.
Ini ditunjukkan dengan tumbuhnya banyak parti-parti dan persatuan-persatuan yang bergerak aktif ketika itu seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) , Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API),Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya ( PKM).
Kembalinya British ke Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union yang memberikanhak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu . Ketuanan raja-raja Melayu dan kekusaannya terhadap agama islam juga tercabar , maka Melayu memberontak .
Rentetan daripada itu telah diadakan satu Kongeres Melayu Se-Malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Seramai 41 persatuan -persatuan telah menghantar wakil masing-masing yang telah mengangkat Dato' Onn dari Persatuan Melayu Johor sebagai Presiden Kongres.
Dalam kongres ini, semua pertubuhan digabungkan di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PEKEMBAR ataupun UMNO. Selain itu , satu ketetapan telah dibuat bagi membantah gagasan Malayan Union oleh British, Mereka juga bersetuju menetapkan satu tarikh bagi pelancaran pertubuhan ini.
Maka pada 11 Mei 1946 satu persidangan telah diadakan di Istana Besar , Johor Bahru dan pertubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan . Penubuhan UMNO adalah platform kepada orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada British .
Dalam menetapkan halatuju UMNO dan polisi kependudukan di Tanah Melayu , akhirnya Dato' Onn telah bertindak keluar dari UMNO lalu menubuhkan Parti Negara .UMNO kemudiannya telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Dalam masa yang sama juga ,orang-orang Cina telah menubuhkan MCA , manakala orang-orang India pula menubuhkan MIC.
Gerakan menuntut kemerdekaan juga berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam tahun 1940-1950 . Filipina mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946 daripada Amerika Syarikat . Manakala Indonesia telah diistiharkan merdeka sebagai sebuah negara repablik pada 17 Julai 1945 setelah Jepun menyerah kalah di Asia Pasifik dalam Perang Dunia Ke-2 . Burma (kini Myanmar)merdeka pada 1 Ogos 1943 dibawah perjanjian dengan Jepun . Di Vietnam pula, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 2 September 1945 daripada Perancis.Manakala Laos pula , mendapat kemerdekaan dari Perancis pada 8 April 1945.
Maka keseluruhan semangat kemerdekaan dari negara-negara jiran Asia Tenggara itu telah menyemarakkan lagi kebangkitan penduduk-penduduk Tanah Melayu agar dipercepatkan pemerintahan sendiri.
PILIHANRAYA PERSEKUTUAN PERTAMAN TAHUN 1955
Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 di mana pati-parti politik seperti UMNO, MCA , MIC ,Parti Negara , PAS dan Parti Buruh telah mengambil bahagian bagi merebut 52 kerusi yang di pertandingkan .
Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan , UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC bagi membentuk Parti Perikatan bagi menghadapi pilihanraya ini. Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan . Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan British bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak-ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu.
Dengan itu Tunku telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti tersebut. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
DARURAT DAN RUNDINGAN BALING
Penentangan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap kerajaan berlarutan dari tahun 1948- 1960 yang dikenali sebagai era darurat . Maka dengan itu juga lah lahirnya Akta Darurat 1948 yang baru-baru ini di hapuskan.
Antara tragedi yang mencetuskan kebimbangan British ialah penubuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney dalam tahun1951 oleh PKM. Selepas itu British melancarkan gerakan pengumpulan orang-orang Cina dalam penempatan baru yang dikenali sebagai Kampuang Baru . Ia bertujuan bagi menghalang PKM mendapat bekalan dan sokongan dari orang-orang Cina.
Selain memenuhi syarat persefahaman kaum dengan terbentuknya Parti Perikatan , Tunku dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan PKM sebelum mendapat kemerdekaan . Bagi menyahut cabaran tersebut , Tunku memilih jalan diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng , Setiausaha Agung PKM.
Turut serta ialah Rashid Maidin dan Chen Tien di pihak PKM, Bersama Tunku di pihak kerajaan ialah David Marshall , Ketua Menteri Singapura dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock.
Tindakan Tunku itu telah mencemaskan British yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan . Keseimbangan British memberi kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan . Ia juga memperlihatkan kebijaksanaan permainan politik Tunku. Sementara di pihak PKM , mereka akhirnya menolak untuk membubarkan PKM serta meletakkan senjata. Maka peperangan antara PKM dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berterusan .
PERSIAPAN DEGELASI MERDEKA KE LONDON
Untuk merundingkan kemerdekaan dengan British di London bukanlah semudah sekarang , kerana perbelanjaan untuk menaiki kapal laut dan kapal terbang ketika itu memerlukan kos yang tinggi .
Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi semangat orang-orang Melayu begitu tinggi untuk bersama berkoban apa saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada 1 Januari 1956Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi , Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura . Dari Karachi , mereka meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London .
TERCATAT SEJARAH PENEMPATAN KEMERDEKAAN PADA 31.08.1957
Rombongan Tunku sampai di London pada 14 Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British , Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Persuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain. Rundingan berjalan dari 16 Januari hingga 6 Februari 1956.
Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan Satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 bagi Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak.
Inilah tarikh keramat yang kita sambut setiap tahun sebgai tarikh pembebasan Tanah Melayu dari berlenggu penjajahan.
SAMBUTAN KEPULANGAN ROMBONGAN MERDEKA DI BANDAR HILIR MELAKA
Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka . Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100000 orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenalisebagai Dataran Pahlawan.
Sesungguhnya laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! telah berkumandanf di sini buat pertama kalinya pada 20 Februari 1956.
Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah dilakukan termasuklah pembinaan Stadium Merdeka , Kuala Lumpur.
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan kaum-kaum Cina dan India . Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal diperolehi adalah juga kerana persefahaman anatara kaum-kaum ini dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan .
Antara perkara penting yanag dimasukkan dalam perlembagaan ialah menegenai tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153 adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan . Disamping agama Islam dijadikan agama rasmi Negara.
Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10 Mei 1957 . Dalam mesyuarat dengan kerajaan British ,beberapa persetujuan telah dicapai .Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah dikeluarkan . Bahasa Melayu telah diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan.
Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.
Rang Undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10 Jun 1957 dan diluluskan.
MENJELANG DETIK 12 MALAM 31.08.1957
- Menjelang 30 Ogos , sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling.
- Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan,bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri.
- Detik 10 malam , wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan mengambil tempat di tengah-tengah padang menghadap menara jam.
Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-ahli Perikatan bermotosikal dengan pengiring polis, Tunku disambut oleh Dato' Abdul Razak Hussein , Encik Saadon Jubir , Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan . Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.
Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita . Detik 12 tengah malam lampu dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan "Merdeka" oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan .
Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertaman kalinya kepada umum.Setelah bendera berada di puncak tiang , sorakan "MERDEKA" telah dilaungkan oleh Tunku sebanyak tujuh kali . Merdekalah sudah tanahairku.
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20000 orang termasuklah Raja-raja Melayu , tetamu khas dari luar negara , anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.
Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri , Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu
Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku dan selepas itu laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan sebuah negara Islam dengan agama rasminya telah dilahirkan . Diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan "Negaraku". Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu
telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.
Begitulah detik-detik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang penuh dengan liku-liku dan ranjatan yang telah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu. Sebagai negerasi penyambung kemerdekaan , kita hari sesungguhnya telah mewarisi kemakmuran yang telah dicipta oleh mereka.
Sekian ,Terima Kasih :)
Sumber Rujukan: Buku Teks Pengajian Malaysia
Internat (http://jaxxblaster88.blogspot.my/)
Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=xV8ZRSq94_U)